logo apply

Ijazah Sarjana Syariah Undang-undang

N/381/7/0039

Kod Programtitle bottom left g 4
MT21
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA10808
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Penyelidikan
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu, Inggeris & Arab
Tempoh Pengajian Sepenuh Masatitle bottom left g 4
2 Tahun
Tempoh Pengajian Separuh Masatitle bottom left g 4
3 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Syariah & Undang-undang
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Objektif Program:

  • Mengaplikasikan pengetahuan lanjutan dalam bidang-bidang yang tertentu atau perbandingan Undang-undang atau Perundangan Syariah.

  • Mempunyai tahap tinggi dalam pemahaman, penyelidikan dan kemahiran analitis untuk menyediakan penyelidikan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada sektor awam dan swasta.

  • Berterusan meningkatkan ilmu, pemahaman dan kebolehan dengan menggunakan ICT untuk mewujudkan peluang perniagaan dalam profesion sama ada di peringkat nasional dan global

  • Berkebolehan berkomunikasi secara berkesan untuk memimpin dan melibatkan diri dalam pasukan penyelidikan di samping meneroka penyelesaian masalah sebenar sama ada dalam disiplin mahupun merentas disiplin.

  • Mensintesis dan menggalakkan nilai-nilai etika dan profesional dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat secara keseluruhan.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang atau Syariah dari mana-mana universiti dalam dan luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang atau Syariah dengan tidak memenuhi PNGK 2.75 tetapi melebihi PNGK 2.50 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya boleh diterima dan tertakluk kepada penilaian dalaman PPT yang teliti; atau

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang atau Syariah di bawah PNGK 2.50 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya boleh diterima dan tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman kerja.

Pelajar Antarabangsa
  • Perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 600 untuk Test as English as a Foreign Language (TOEFL) ATAU 100 untuk ujian TOEFL dalam talian ATAU skor 6.0 untuk International English Language Testing System (IELTS) ATAU yang setara dengannya.

Prospek Kerjaya
title bottom left g 4
  • Para graduan yang telah menamatkan program ini mempunyai peluang yang luas dalam kebanyakan sektor awam mahupun swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pentadbiran, perundangan, kepeguaman dan kehakiman syarie serta sektor pendidikan di Malaysia. Para graduan yang telah mengambil kursus ini mempunyai peluang untuk memohon pekerjaan di institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri.
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 9,880
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 13,280
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM -

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian, peperiksaan serta graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Metodologi Penyelidikan
  • Metodologi Penyelidikan Undang-undang dan Perundangan Islam
  • Sistem Perundangan Di Malaysia
  Semester 2 - 4
  • Tesis