logo apply

Ijazah Sarjana Kewangan Islam

N/343/7/0217

*Program ini tidak ditawarkan untuk sesi Mei dan September 2022

Kod Programtitle bottom left g 4
MT12
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA8600
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah, Penyelidikan & Tesis
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian Sepenuh Masatitle bottom left g 4
3 Tahun
Tempoh Pengajian Separuh Masatitle bottom left g 4
4 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pengurusan & Muamalah
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Ijazah Sarjana Kewangan Islam merupakan lanjutan kepada program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian), FPM, KUIS. Pelajar akan didedahkan dengan penyelidikan berkaitan Kewangan Islam seterusnya menghasilkan tesis yang baik di bawah penyeliaan berterusan daripada penyelia. Disamping itu, program ini bermatlamat untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam kajian dan penyelidikan berkaitan Kewangan Islam. Ia diharap akan membantu dalam menjadikan negara Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan Islam terkemuka di dunia dengan mewujudkan produk dan operasi yang inovasi dalam bidang kewangan Islam.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Kewangan Islam atau bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 yang diperakui oleh Senat;

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Kewangan Islam atau bidang yang berkaitan tetapi memperoleh minimum PNGK 2.50 dan tidak mencapai 2.75 boleh diterima masuk dengan penilaian dalaman yang rapi berdasarkan justifikasi tertentu;

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Kewangan Islam atau bidang yang berkaitan tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan serta penilaian dalaman yang rapi berdasarkan justifikasi tertentu.

  • Ijazah Sarjana Muda yang tidak berkaitan dalam bidang Kewangan Islam yang memperoleh minimum PNGK 2.50, boleh diterima dengan syarat mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan serta penilaian dalaman yang rapi berdasarkan justifikasi tertentu.

  • Ijazah Sarjana Muda yang tidak berkaitan dalam bidang Kewangan Islam yang memperoleh minimum PNGK 2.00 tetapi tidak mencapai 2.50, boleh diterima dengan syarat mempunyai minimum 5 tahun pengalaman berkerja dalam bidang yang relevan serta serta penilaian dalaman yang rapi berdasarkan justifikasi tertentu.

  • Ijazah Sarjana Muda yang tidak berkaitan dalam bidang Kewangan Islam yang memperoleh minimum PNGK 2.00 dan tiada pengalaman berkerja, boleh diterima dengan syarat mesti menjalani kursus prasyarat yang sesuai.

  • Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pelajar Antarabangsa
  • Bagi pelajar antarabangsa, syarat tambahan adalah calon antarabangsa dikehendaki memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 6.0 bagi English Language Testing System (IELTS) atau yang setara dengannya.

Prospek Kerjaya
title bottom left g 4
  • Para graduan yang telah mengikuti program ini mempunyai peluang mengisi jawatan sebagai ahli akademik, pensyarah, penyelidik di IPT awam dan swasta atau agensi seperti ISRA, IBFIM dan lain-lain yang berkaitan. Para graduan turut mempunyai peluang menjadi Pegawai Pembangunan Produk atau Pegawai di Jabatan yang berkaitan sama ada di Perbankan Islam atau Institusi Takaful.
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 9,370
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 12,870
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 11,440

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, peperiksaan serta graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Metodologi Penyelidikan
  • Pasaran Modal Islam
  Semester 2 - Semester 12
  • Tesis