logo apply

Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia

N/345/7/1012

*Program ini tidak ditawarkan untuk sesi Mei dan September 2022

Kod Programtitle bottom left g 4
MT10
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA8604
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah & Penyelidikan
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian Sepenuh Masatitle bottom left g 4
2 Tahun
Tempoh Pengajian Separuh Masatitle bottom left g 4
3 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pengurusan & Muamalah
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Program ini ditawarkan untuk menghasilkan graduan yang berupaya menguasai dan mengaplikasi pengetahuan teori serta aplikasi di dalam bidang pengurusan sumber manusia. Graduan dijangka mampu mengaplikasi kemahiran ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial seiring dengan kehendak syariat Islam, mempunyai nilai murni, sikap dan profesionalisme yang tinggi selari dengan kod amalan pengurusan sumber manusia.

Selain dari itu, program ini diwujudkan untuk menghasilkan bakal pemimpin yang berkualiti dari aspek komunikasi, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dalam menguruskan sumber manusia dan pembangunan kerjaya sepanjang hayat.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75;

  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya, dengan sekurang-kurang PNGK antara 2.50 dan 2.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi, atau;

  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) atau yang setara dengannya, dan tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan

Pelajar Antarabangsa
  • Pelajar Antarabangsa perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 600 untuk Test as English as a Foreign Language (TOEFL) ATAU skor 6.0 untuk International English Language Testing System (IELTS).

Prospek Kerjaya
title bottom left g 4
  • Setelah tamat pengajian, graduan berkelayakan untuk memegang jawatan dalam bidang profesional (pensyarah, tutor, pengamal sumber manusia, penyelidik dan sebagainya) dalam bidang berkaitan. Pelajar juga mempunyai prospek untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu layak melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara untuk program Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 9,370
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 12,870
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM -

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, peperiksaan serta graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Kaedah Penyelidikan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  Semester 2 - Semester 6
  • Tesis