logo apply

Ijazah Sarjana Dakwah & Pembangunan Komuniti

N/221/7/0207

Kod Programtitle bottom left g 4
MT09
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
MQA/PA8602
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah, Pembentangan, Penyelidikan & Tesis
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian Sepenuh Masatitle bottom left g 4
2 Tahun
Tempoh Pengajian Separuh Masatitle bottom left g 4
3 Tahun
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Program ini direkabentuk untuk melahirkan sarjana yang menguasai ilmu dakwah secara mendalam dan menganalisis pendapat ulama dalam bidang dakwah. Selain itu, program ini berusaha melahirkan sarjana yang berupaya mempraktikkan peranan sebagai pakar rujuk berkaitan hal-hal keagamaan, penggubal dasar dan pelaksana prinsip berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah ke arah keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Program ini juga memfokuskan kaedah dakwah, saintifik, pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah dalam mendepani cabaran pemikiran di samping mempraktikan kemahiran sosial, mengamalkan sikap bertanggungjawab dan integriti dalam menjelaskan perkara-perkara berkaitan dakwah kepada masyarakat. Program ini secara tidak langsung dapat mengekalkan jati diri yang tulen melalui proses pembelajaran sepanjang hayat.

Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  1. Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau setara, seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau

  2. Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan atau setara dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat; atau

  3. Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan atau setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan dan penilaian dalaman yang ketat.

  4. Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan atau pengalaman kerja yang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh PPT dan memenuhi PNGK minimum berdasarkan (i) hingga (iii)

Pelajar Antarabangsa
  • Pelajar Antarabangsa perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan skor minimum 550 untuk Test of English as a Foreign Language (TOEFL) ATAU skor 5.5 untuk International English Language Testing System (IELTS).

Prospek Kerjaya
title bottom left g 4
  • Para graduan yang telah mengikuti program ini mempunyai peluang mengisi jawatan sebagai ahli akademik, pensyarah mahupun penyelidik di IPT awam mahupun swasta, di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, serta badan-badan lain yang berkaitan.

Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 8,860
Pelajar Malaysia (Separuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 12,360
Pelajar Antarabangsa (Sepenuh Masa)title bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 14,430

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian, peperiksaan, perkembangan & pengendalian akademik (antarabangsa sahaja) serta graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  • Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam
  • Tesis
Syarat Graduasititle bottom left g 4
  • Pembentangan kertas kerja dalam seminar.
  • Penulisan makalah dalam Jurnal.