Kod Program
|
ES53
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh & Separuh Masa
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Arab
|
Tempoh Pengajian Sepenuh Masa
|
3 Tahun
|
Tempoh Pengajian Separuh Masa
|
4 Tahun
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum diploma dalam bidang Pendidikan Islam bagi semua bakal guru di Malaysia. Program pengajian yang ditawarkan bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.
Diploma Perguruan Pendidikan Islam disusun sesuai dengan teknik pengajaran berorentasikan pendidikan universal juga pembentukan pemantapan kendiri yang meluas sejajar dengan keperluan industri Pendidikan.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga (3) kredit dan lulus salah satu (1) daripada mata pelajaran pengajian Islam, seperti berikut: Syariah Islamiah, Al Quran dan Al sunnah, Pendidikan Islam, Usuluddin, Manahij Ulum Islamiyah, Syariah, Hifz al-Quran, Maharat Al Quran ATAU;
-
Lulus STAM (Maqbul) ATAU;
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengannya ATAU;
-
Lulus SKM tahap 3 dan lulus SPM dengan satu (1) kredit
-
DAN lulus mata pelajaran Bahasa Arab/ Bahasa Arab Komunikasi/ Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab al-Muasirah. SERTA lulus sesi temuduga dalaman.
Prospek Kerjaya

|
- Calon yang berjaya dalam program diploma perguruan Pendidikan Islam boleh berkerja sebagai guru di peringkat sekolah rendah di institusi pendidikan swasta, sekolah persendirian, sekolah NGO, dan kerajaan. Calon yang Berjaya juga boleh bekerja di sektor-sektor pengurusan dan pentabiran Pendidikan agama.