logo apply

Diploma Komunikasi

R3/321/4/0008

Kod Programtitle bottom left g 4
CS41
Mod Pengajiantitle bottom left g 4
Sepenuh & Separuh Masa
Nombor Pendaftaran MQAtitle bottom left g 4
A7026
Tempoh Pengajiantitle bottom left g 4
3 Tahun
Mod Pengajarantitle bottom left g 4
Kuliah & Tutorial
Bahasa Pengantartitle bottom left g 4
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Fakulti / Pusat Pengajiantitle bottom left g 4
Fakulti Pengurusan & Muamalah
Maklumat Programtitle bottom left g 4

Kurikulum program Komunikasi telah digubal dengan berdasarkan pendekatan holistik untuk menjanakan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan yang perkasa dalam komunikasi dan penyiaran, di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Pada semester pertama, pelajar diberi pendidikan umum sebagai asas dan latar belakang untuk memahami kursus selanjutnya. Pelajar akan membuat pengkhususan dalam bidang disiplin yang dipilih melalui semester kedua.

Pelajar akan mengikuti kursus daripada tiga kategori berikut:

  • Kursus Umum Universiti
  • Kursus Teras (major)
  • Kursus Elektif
Syarat Kelayakantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysia
  1. Lulus SPM/SPVM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Inggeris; atau

  2. Lulus STPM atau setara dengannya, dengan minimum Gred C dalam mana-mana mata pelajaran dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau

  3. Lulus STAM dengan pangkat Maqbul dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkit SPM; atau

  4. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.

Nota:

Syarat kredit Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (ii), (iii), (iv), dan (v) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

Pelajar Antarabangsa
  • perlu mencapai skor minimum 5.5 dalam International English Language Testing System (IELTS) dan setara dengannya.
Prospek Kerjayatitle bottom left g 4
Wartawan (Majalah, Akhbar, TV dan Laman Internet), Penolong Editor, Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Penulis Karya Kreatif, Penulis Kopi, Penulis Skrip, Penyiaran, Pengiklanan, Perfileman.
Anggaran Yuran Keseluruhantitle bottom left g 4
Pelajar Malaysiatitle bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,000
: RM 20,938
Pelajar Antarabangsatitle bottom left g 4
Yuran Pendaftaran
Yuran Keseluruhan*
: RM 1,150
: RM 24,438

*termasuk yuran : pendaftaran, kemudahan & kebajikan, pengajian & penilaian, penginapan : Dormitori D (Sepenuh masa sahaja) & graduasi

Struktur Programtitle bottom left g 4
  Semester 1
  • Pengantar Komunikasi
  • Pengantar Kewartawanan
  Semester 2
  • Pengantar Periklanan
  • Penulisan dan Laporan Berita
  • Pengucapan Awam
  Semester 3
  • Penulisan Media elektronik
  • Komunikasi Interpersonal
  • Pengantar Perhubungan Awam
  Semester 4
  • Komunikasi menurut Alquran dan AsSunnah
  • Penerbitan, Penyuntingan dan Reka Letak
  • Penulisan Rencana
  • Undang-Undang dan Etika Media
  Semester 5
  • Pengurusan Media
  • Komunikasi dan Propaganda
  • Media dan Dakwah
  • Pengantar Kaedah Penyelidikan Komunikasi
  • Sosiologi Media dan Islam
  Semester 6
  • Latihan Industri