Kod Program
|
BE01
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh & Separuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
4 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan Multimedia (Kepujian) menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang pendidikan dengan penekanan khusus kepada bidang Bahasa Inggeris dan multimedia. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek Bahasa Inggeris, perkaedahan, pedagogi pengajaran Bahasa Inggeris serta multimedia. Kursus-kursus tersebut memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan khususnya Bahasa Inggeris untuk mendapat pendedahan tentang teori, aplikasi serta isu-isu terkini yang akan melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam bidang Bahasa Inggeris dan pedagogi tetapi juga multimedia.
Syarat Kelayakan
|
-
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurangkurangnya Gred C NGMP 2.00 dalam mata pelajaran Pengajian Am /Literature in English/ Information and Communications Technology; atau
-
Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; atau
-
Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dari mana-mana IPTA/IPTS/Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; atau
-
Diploma (Tahap 4 KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
-
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
-
Lulus temuduga.
Prospek Kerjaya
|
-
Guru, Edupreneur, Pentadbir, Jurulatih bahasa, Pembangun Bahan Kursus Bahasa Inggeris