Kod Program
|
BB01
|
Mod Pengajian
|
Sepenuh Masa
|
Tempoh Pengajian
|
3 1/2 Tahun
|
Mod Pengajaran
|
Kuliah & Tutorial
|
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
|
Fakulti / Pusat Pengajian
|
|
Maklumat Program
|
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif sebagai persediaan dalam menceburi bidang kerjaya kelak dan berupaya beradaptasi dalam suasana perniagaan yang dinamik.
Pelajar akan menyertai program pengajian selama 3 ½ tahun yang akan didedahkan dengan bidang perakaunan, ekonomi, pemasaran, keusahawanan, pengurusan, bahasa dan komunikasi, pengajian Islam, teknologi maklumat, e-dagang dan asas undang-undang perniagaan.
Program ini akan mendedahkan pelajar mengenai konsep perniagaan konvensional dan Islam yang akan memberi nilai tambah dalam usaha membentuk graduan Muslim yang kompeten dan mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.
Syarat Kelayakan
|
-
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya lulus penuh dalam 2 mata pelajaran atau CGPA 2.00, serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Jayyid serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
-
Lulus Foundation/ Matrikulasi dengan minimum HPNG 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
-
Kelayakan yang setara dengan Diploma/ Diploma Lanjutan (Level 4 atau 5, Kerangka Kelayakan Malaysia MQF).
- Pelajar antarabangsa perlu mencapai skor minimum 5.5 dalam International English Language Testing System (IELTS) atau setara dengannya.
Prospek Kerjaya
|
Usahawan, Pengurus Pentadbiran Perniagaan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Operasi Strategik, Pensyarah, Konsultan E-Dagang / pemasaran atas talian. |